Monday, December 12, 2011

GOALS: YOUR MASTER KEY TO SUCCESS

Assalam semua kawan2....

Sorry for not updating my blog for 2 days... Sangat sibuk dgn beberapa aktiviti bermanfaat... My last weekend was so meaningful.. I have attended few programmes yang memberi ilmu dan permulaan yg positif dalam diri saya bagi menghadapi tahun 2012...

Ok, let we start with Saturday... On the Saturday, I went to KONGSI-KONGSI PROGRAM (anjuran USAHANITA SETAPAK). Program ini diadakan berkat kesedaran kami (I'm also one of the AJK in Usahanita Setapak) tentang pentingnya perkongsian ilmu (duniawi & ukhrawi) antara satu sama lain. Jadi program ini diadakan 2 kali sebulan (iaitu setiap hari sabtu)yang mana tarikh utk tahun 2012 telah pun ditetapkan. Saya akan update ttg date utk tahun 2012 pada entry yg lain ok... Utk setiap kali program, different topics will be discussed.

Ok, back to my last Saturday program.. Utk kali ini, kami telah mengadakan talk bertajuk "SETTING GOALS---> REACH THE STARS".

I would say that I am so blessed by Allah S.W.T kerana telah memilih me as one of the participants. Di program ini, kami berbincang tentang topik berkenaan dengan GOAL SETTINGS... Topik ini sangat berguna kerana kita akan memasuki tahun baru, jadi adalah sgt penting utk kita mempunyai GOALS utk memastikan tahun akan datang tidak berlalu dengan sia2...

Utk program kali ini, talk berkenaan dengan tajuk di atas telah disampaikan oleh Puan Shahema Baiza Yip. She is also one of our AJK in Usahanita Setapak and she is a businesswomen in the area of Sales and Marketing. Well, knowing her achievement I would say that I am so lucky because she want to share all this knowledge for just only RM45!!!! Thanks to you K Shahema....

Half of the participants


Mdm Shahema Baiza Yip


"A GOAL THAT IS CASUALLY SET AND LIGHTLY TAKEN IS FREELY ABANDONED AT THE FIRST OBSTACLES" (Zig Ziglar)

- Saya percaya semua kita pasti mempunyai azam pada setiap tahun baru muncul... In fact, kehadiran kita di dunia pun adalah disebabkan goals of our parent. Mereka berkahwin dan matlamat mereka adalh utk mempunyai zuriat dan mereka berusaha ke arah mendapatkan zuriat. Bagaimana caranya? hehehehe... sy rasa semua tahulah kan.. x payah kot sy nak ulas lebih lanjut jalan atau cara utk mendapatkan zuriat.. mgkn di entry lain kali.. heheheh.. back to topik.. Setia org ada azam baru pd setiap tahun baruu kan... tapi persoalannya, berapa ramai yg berjaya memenuhi atau mencapai setiap azam yg mereka set kan pd setiap awal tahun? ada yg berazam utk jadi kaya, ada yg berazam utk jadi lebih baik dr tahun sebelumnya, dan pd kaum lelaki pula, sy yakin ramai yg berazam nak bhenti merokok... Tapi, ramaikah yg berjaya melaksanakan azam tersebut? Tepuk dada, tanya diri sendiri.... :) Kerapkali apabila kita meletakkan azam dan gagal utk melaksanakan utk tahun tersebut, azam tersebut akan di bawa pula ke tahun hadapan dan seterusnya... Sekiranya keadaan ini sentiasa terjadi pada kita, maka kita sebenarnya sentiasa menjadi CHASER OF GOALS!! X pernah dapat dan terus mengejar dan mengejar...

"GOALS IS VITAL TO GROWTH PROCESS"

- Setiap dari kita dilahirkan sebagai bayi... Tidak ada seorg pun yg dilahirkan terus pandai berjalan, pandai bercakap... Masa mula2 kita dilahirkan, kita lgsg x tau apa2. Berat mgkn pada 3.5kg. Tapak tangan dan kaki alahai comelnya.... Masa berlalu, kita mula pandai memusing2 badan.. Kemudiannya pandai meniarap.. pandai berdiri dan kemudian melangkah setapak demi setapak... sampai akhirnya kita pandai berjalan dan berlari... Tubuh pun makin tinggi, makin besar... sedarkah kita bahawa setiap proses itu sebenarnya berlandaskan kepada GOALS.. Matlamat si kecil adalah utk berdiri... Maka dia berdiri.. Kemudian jatuh, cuba bangun kembali, jatuh dan kemudian bangun kembali smpi dia pandai berdiri dan kemudian melangkah. Itulah kita pd masa kecil. Tak pernah kenal putus asa mencuba kerana kita mmg nak bangun, melangkah, kemudian berjalan dan seterusnya berlari.. Jadi GOALS adalah very important utk growth process.
- Cuba kita ambil pula cth menanam pokok durian/ apa2 la yer... Matlamat kita adalah nak tanam pokok durian. Apa kita buat? kita akan tanam biji durian, kemudian kita akan letak baja, letak air, bg kena matahari dan sebagainya... Lama kelamaan, biji itu akan membesar tumbuh sedikit demi sedikit sehingga membuahkan hasil... Walaupun tempoh yg lama, tapi kita tetap teruskan penjagaan pokok tersebut kerana kita mendambakan hasilnya iaitu buah durian tersebut. Jadi, kita akan jaga pokok ini dengan air, baja, matahari dan sebagainya. Begitu juga GOALS kita. Utk memastikan ianya memberi hasil yg baik, kita perlu menjaganya dengan baik. Perlu sentiasa diberi kasih sayang, perhatian, peringatan, refreshment, semangat dll.

IF NO GROWTH, NO CHANGE!!!

" IF YOU CAN SEE IT IN YOUR MIND, YOU CAN HOLD IT IN YOUR HAND"

- Setiap apa yg kita lakukan dan kecapi pada hari ini, sebenarnya kita telah berjanji dengan Allah S.W.T dr permulaan kita dijadikan. Pada setiap apa yg kita terfikir utk lakukan, kita dah berjanji dengan Allah utk buat perkara itu. Kalau kita buat, then maksudnya kita dah laksanakan janji tersebut. Tapi jika kita x buat, we choose not to fulfill the promise, but we amik janji2 yg lain dan laksanakan janji2 lain.
- Setiap apa yg kita fikir, sbg cth kita terlalu memikirkan nak pakai BMW, Merce, Lexus, Porsche, nak duduk umah semi D, bungalow, nak g jalan sana sini, sebenarnya semua tu kita boleh lakukan dan dapatkan.. Kalau tak, takkan perkara2 tu boleh ada di dalam fikiran kita. Allah letak itu atas sebab2 tertentu. Selebihnya pasti kita perlu berusaha utk mendapatkan semua itu. How to berusaha? Pastinya perlu dulu ada matlamat, kemudian work for it! Dibajai dengan solat 5 waktu, solat sunat-sunat2 lain, doa yg tidak putus2, insyaAllah pasti kejayaan milik kita.

"GOALS NEVER CHANGE!! CHANGE THE METHODS"

Ada jugak sesetengah org yg dia mmg xde matlamat dlm hidup dia. Sy pernah bertanya seseorg dan jawapan dia ialah "I xtau apa I nak dlm dunia ni. I ikut je apa yg berlaku". Pada sy, ini sgt bahaya. Kerana kita mmg perlu ada matlamat. Tak kira apa kita lakukan, mesti ada matlamat yg kukuh, pasti dan kuat! Begitu juga sekiranya kita bersolat. Matlamat kita bersolat adalah utk mendapat hidup yg baik di akhirat, utk menunjukkan rasa syukur kita kepada Allah atas segala nikmat yg Allah berikan pd kita , maka SOLATLAH DENGAN SEMPURNA bagi memastikan matlamat itu dpt dicapai sepenuhnya. Insyaallah....Pada sesiapa yg masih terawang2 tentang GOALS anda, sy cadangkan dan syorkan cari masa yg tenang, yang sunyi, baring dan fikirkan sedalam2nya apa yg anda inginkan. Mgkn anda boleh fikirkan mereka2 yg anda syg seperti ibu, isteri/suami, anak atau sesiapa sahaja. Apa yg anda ingin berikan kepada mereka.. Tapi yg lebih penting, fikirkan apa yg anda ingin berikan kepada diri anda, kerana sekiranya anda tidak mempunyai sesuatu dlm diri anda, maka amat sukar utk anda memberikan sesuatu kepada org lain hatta org yg anda paling syg. JAdi, carilah masa dan tempat yg tenang, pejamkan mata dan fikir dan terus berfikir..

TIPS: "MIND THINKS IN PICTURES, NOT WORDS"

Last but not least, I would like to share with u all about the TOOLS TO ACHIEVE THE GOALS.

SET THE GOALS---> DO GOALS CARDS---> VISUAL BOARD---> DREAMS BOOK---> GRATITUDE BOOKS---> AFFIRMATION....

Remember, you have to take actions for your goals. So plan your actions from now...

"NO RESULT WITHOUT ACTION"

Akhir sekali, ingin sy katakan bahawa ini adalah satu bentuk perkongsian ilmu. Apa yg baik itu datangnya dari Allah dan yg buruk itu sy pohon jgn diambil. Sama2 kita berkongsi ilmu dan saling ingat mengingati antara satu sama lain... Moga segala yg kita usahakan diberkati Allah SWT... Ameen...


P/S : DO YOUR WANT/ WISH LISTS TODAY AND TRANSFORM IT TO YOUR GOAL POSTER... :)

3 comments:

  1. nice job! i'm hapi to know that i have done good by you, because you can share about 'Goal Setting' so perfectly. Syabas sister.

    ReplyDelete
  2. heheheheh... sharing is always caring... the knowledge must be shared... thanks to u too for all the knowledge..

    ReplyDelete
  3. i am start thinking to do task that shahema give us .. the map of road and also visual board. anyway this good zuha .. i love read your blog about setting goal.. cheer up ..

    ReplyDelete