
Assalam...
Pagi ni, alhamdulillah sy memulakan kehidupan dgn baik. Lepas solat Subuh x tdo dah... hahahaha.. itulah yg baik yer... moga dapat dikekalkan.. ameen..
Ok, sepanjang malam td, sy x dapat tido.. Slps mendapat panggilan telefon dr salah seorg client sy, fikiran sy mmg terganggu. Panggilan telefon tu sy dpt dlm pukul 10.30 mlm. Client saya (pembekal dan restaurant cakes yg glamer di area Lembah Klang) memaklumkan pada sy beliau ingin berjumpa bagi membincangkan hal berkenaan harta intelek. Saya mohon beliau brief kan sedikit so that sy boleh bersedia serba sedikit... Maka beliau pun mula bercerita. Secara kesimpulannya, cap dagangan beliau telah digunakan oleh syarikat gergasi yg lain. Hmmm, sy terkedu! Bukan sbb cap dagangan tersebut digunakan , tapi sbb syarikat yg menggunakan cap dagangan client sy tersebut. Bukan calang2 syarikat ya.. Syarikat besar yg membuat keuntungan tahunan berjuta-juta RM pastinya.
Jadi slps mendengar aduan client sy ini, sy terus membuat temujanji pd hari ini, iaitu pd pukul 2pm nnt. Sy sudah jelas ttg apa tindakan seterusnya. Cuma, sy masih memikirkan tentang dunia perniagaan yg penuh dgn pancaroba ini.
Sy amat yakin syarikat gergasi itu sudah amat jelas bahawa cap dagangan tersebut milik client sy. Tapi kenapa masih perlu menggunakan nama yg sama pada barang yg turut sama? pastinya ia akan menyebabkan kekeliruan pada org ramai. Sekiranya ini terjadi, keuntungan sebenarnya adalah pd pihak yg meniru apatah lagi si peniru adalah syarikat besar.
Tetapi di sebalik rasa sedih atas nasib client sy, saya masih rasa bersyukur dan bangga dgn client saya kerana beliau telah awal2 memohon pendaftaran cap dagangan. Maka tidak apa yg perlu dirisaukan kerana hak sememangnya sudah milik anda. Mujur client sy adalah golongan yg celik Harta Intelek.
Dan terus hati sy tertanya, apa akan jadi sekiranya client sy tidak memohon pendaftaran cap dagangan? bagaimana mahu melawan syarikat yg sudah gergasi ini agaknya!
Jadi, sy menyeru kepada semua usahawan samada kecik, sederhana atau besar, PELIHARALAH HARTA INTELEK ANDA... ianya adalah sesuatu yg amat bernilai, mgkn bukan pd hari ini tetapi kemudian hari.
P/S: Saya akan terus update ttg kes client sy ini sehingga kata putus diterima dr syarikat gergasi tersebut.